Sunday 9 December 2012

Sejarah asal usul nama SABAH



Hallo…hari ni saya nak kongsikan kepada anda semua mengenai asal usul nama SABAH….bagi orang sabahan mungkin sejarah asal usul nama sabah tidak asing lagi kan…tapi kadang2 ada juga sabahan yg langsung tidak tahu mengenai sejarah asal-usul nama sabah ni walaupun sudah berbelas tahun hidup di bumi sabah…mungkin la kan…

o.k..sbenarnya, asal usul nama SABAH ini dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang “saba”. Pisang  adalah sejenis buah pisang yang dipanggil “SABBAH” atau SAPPAH oleh masyarakat bajau. Selain itu, pisang ini juga dikenali sebagai ‘jaba’ oleh masyarakat bajau dan kini lebih dikenali sebagai pisang menurun yang popular dibuat pisang goreng.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.


O.K…ni sajalah yang boleh saya kongsikan mengenai asal usul  nama SABAH….kalo nak tahu lebih detail mengenai asal usul nama SABAH, rajin2 la p search d internet yaa…
Disini saya mengambil kesempatan untuk mendorong kita khususnya golongan muda supaya prihatin dengan sejarah2 berkenaan asal usul negeri atau hegara kita…ni untuk kebaikan generasi akan datang…

No comments:

Post a Comment