Petikan : http://kadazandusun8.tripod.com
Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Masyarakat
Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana
keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian
makanan. Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan,
udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan
liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat
tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi.Kebiasaan
ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih
dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik
tertentu.
Masyarakat kaum Kadazandusun
di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih
diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum
Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut
kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.
Kalau nak tahu cara memasak makanan Tradisional masyarakat Kadazan-Dusun sila layari laman web berikut:
No comments:
Post a Comment