Sunday 9 December 2012

Sejarah asal usul nama SABAH



Hallo…hari ni saya nak kongsikan kepada anda semua mengenai asal usul nama SABAH….bagi orang sabahan mungkin sejarah asal usul nama sabah tidak asing lagi kan…tapi kadang2 ada juga sabahan yg langsung tidak tahu mengenai sejarah asal-usul nama sabah ni walaupun sudah berbelas tahun hidup di bumi sabah…mungkin la kan…

o.k..sbenarnya, asal usul nama SABAH ini dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang “saba”. Pisang  adalah sejenis buah pisang yang dipanggil “SABBAH” atau SAPPAH oleh masyarakat bajau. Selain itu, pisang ini juga dikenali sebagai ‘jaba’ oleh masyarakat bajau dan kini lebih dikenali sebagai pisang menurun yang popular dibuat pisang goreng.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.


O.K…ni sajalah yang boleh saya kongsikan mengenai asal usul  nama SABAH….kalo nak tahu lebih detail mengenai asal usul nama SABAH, rajin2 la p search d internet yaa…
Disini saya mengambil kesempatan untuk mendorong kita khususnya golongan muda supaya prihatin dengan sejarah2 berkenaan asal usul negeri atau hegara kita…ni untuk kebaikan generasi akan datang…

Thursday 6 December 2012

Makanan tradisional masyarakat bangsa Kadazan-Dusun di Sabah

Petikan : http://kadazandusun8.tripod.com

       Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.


Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan. Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi.Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.



Kalau nak tahu cara memasak makanan Tradisional masyarakat Kadazan-Dusun sila layari laman web berikut:     
                                                                                                                               http://mforum.cari.com.my 

Wednesday 5 December 2012

Kenapa negeri sabah unik?....

                        Upside-Down House
Pulau Sipadan















Bunga Rafflesia


Anggaran penduduk di sabah berdasarkan kumpulan etnik:


Kadazan-Dusun: 17,82% (555647)

Bajau: 14% (436672)

Melayu Brunei: 5,71% (178029)

Murut: 3.22% (100631)

Lain-lain bumiputra: [37] 20,56% (640964) - yang terdiri daripada Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Bawang / Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, Kedayan, Orang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka'ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida'an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino, Jawa

Cina (majoriti Hakka): 9.11% (284049)

Lain yang bukan bumiputra: 1.5% (47052)

Bukan warganegara Malaysia (Filipina, Indonesia): 27,81% (867190)

Pengenalan ringkas mengenai Borneo Utara



Borneo Utara ( Sabah)

Borneo adalah pulau ketiga terbesar di dunia dan terletak di tengah-tengah Asia Tenggara Maritim. Pulau ini dibahagikan antara Indonesia (Kalimantan), Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dan Brunei.

Walau bagaimanapun, bagi orang-orang di luar Indonesia, "Kalimantan" merujuk kepada kawasan yang diduduki oleh Indonesia di pulau Borneo. Rantau Malaysia Borneo dipanggil Malaysia Timur atau Malaysia Borneo.

Semasa dikenali sebagai Borneo Utara, Sabah adalah di bawah jajahan British pada abad ke-19 sehingga awal abad ke-20. Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada 16 September 1963. Borneo Utara (Sabah), berkeluasan 115 kilometer persegi, Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.

Boerneo Utara ( Sabah ) terkenal dengan nama jolokan "Sabah di bawah bayu"